Hari Raya merupakan
perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.
Sambutan Hari Raya
Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan
Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana
Hari Raya Aidilfitri dirayakan.
Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan
silaturahim.
Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang
berkunjung
Pada Hari Raya
AidilFitri juga,umat islam akan memyediakan berbagai-bagai juadah tradisional
seperti lemang,ketupat,nasi hempet,dodol dan lain-lain.untuk tetamu yang dating
berkunjung dan beraya di rumah mereka.
Bagi kanak-kanak pula ,mereka amat
gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit
raya.Amalan memberi duit raya adalah satu tradisi yang diamalkan oleh
masyarakat Islam di negara kita.
Selain
itu,pada hari raya juga umat Islam akan berkunjung ke pusara ahli keluarga dan
saudara-mara.
Selain
itu,kemeriahan rumah terbuka dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang
terdiri dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan
penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina dan
penganut Buddha di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut
kalendar mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar
mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet,
ayam jantan, anjing dan babi.
Setiap binatang ini memberi signifikan dan
tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk
makan bersama.
Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama
keluarga.
Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada
saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.
'Angpau' membawa pengertian
kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi
dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian
yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke
rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan
tersebut.
Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para
gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar
mendapat pasangan yang secucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke
dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan.
Buah limau yang
basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera
Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil”Chingay”
Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi.
Untuk menyambut perayaan Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai.
Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut.
Kebiasaannya malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya.
Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada 'bobohigan' sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran.
Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.
Pesta keamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi.
Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.
Tarian ini dengan iringan paluan Gong.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan.
Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional.
Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu.
Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu.
Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.
Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar.
Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu.
Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ.
Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni.
Bungkusan-bungkusan hadiah akan diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut.
Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang.
Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya.
Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari.
Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka.
Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.
Walaupun kemeriahan Krismas di negara kita agak kurang tanpa salji dan suhu sejuk, tetapi ia tetap dirayakan dengan meriah setiap tahun.
Tambahan pula, Krismas adalah perayaan global dan sekular berbanding makna keagamaan.
Satu imej penting dalam perayaan Krismas ialah Santa Claus, orang tua gemuk berbaju merah dan berambut putih, yang datang dari kutub utara untuk memberi hadiah.
Khabarnya Santa Claus berasal dari watak St. Nicholas, yang gemar memberi makan kepada kanak-kanak di masa Krismas.
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.
Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.
Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang.
Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur.
Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Gawai bermaksud pesta.
Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak.
Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru.
Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.Gawai Dayak mula disambut secara besar- besaran semenjak 25 September1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak.
Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965.
Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.
Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan Oktober dan
November.
Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan
menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.
Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.
Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan
dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.
Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu
lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warniakan menyambut tetamu
di hadapan rumah.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu
itu dianggap paling suci .
Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium.
Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan
benang.
Belanga ini akan dijunjung di atas
kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil.
Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu
ini.
Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan
kebesaran Tuhan Murugan.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan
mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit.
Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan
bayaran tertentu.
Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar
nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang
baik yang bakal menjelma.